Kehidupan awal Fiena

Fiena dilahirkan pada 3 Ogos 2000 di Alor Setar, Kedah. Beliau dilahirkan pramatang ketika berusia 7 bulan dari perut ibunya, Rahayu Hassan dalam keadaan normal. Semasa ditempatkan dalam inkubator kerana tidak cukup bulan, pancaran cahaya lampu yang tidak dapat dikawal akibat kecuaian hospital telah memusnahkan saraf penglihatannya.[3]

Ibu Fiena dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa Fiena tidak dapat melihat dan menjadi buta, tiga hari selepas dilahirkan. Ketika Fiena berusia 7 tahun, bapanya yang merupakan seorang peniaga burger, meninggalkannya di bawah jagaan ibunya dan adiknya, Nur Zaeila Aisha yang ketika itu berusia lima tahun. Selepas ibu bapanya bercerai, ibunya menyara Fiena dan adiknya tanpa nafkah daripada bapanya.[3]

Keluarganya berhijrah dari Alor Setar, Kedah ke Ipoh, Perak yang mana ibunya bekerja di sebuah kilang untuk menyara Fiena dan adiknya. Ibunya, Rahayu kemudian berkahwin seorang majikannya yang berbangsa Cina.[3] Selepas memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau menerima tawaran belajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).[4]